Saturday 20 August 2011

GAMBAR XPANDAI MENIPU

YA AN-NAS!! KALAU AKU TAHU SETEGUH ITU HUBUNGANMU DENGAN SI DIA...NESCAYA AKU AKAN MENGELAK DARI MENDEKATI KAMU =)






wwweeeeeeeeee~~~

Sunday 17 July 2011

NO ENTRY

ASSALAMUALAIKUM...

Post ini bersifat peribadi...Jangan baca kalau xsuka..haha

Ehem...aku kurang bermood la sekarang nie...just want to say i missing someone...someone yg pernah jadi orang yang penting bangat dong dalam hidup gua nie..tapi aku sendiri xtau sapa aku dihatinya..ehem..jiwang berkerat-kerat..hehe~

Jom layan video nie..baru jumpa kat youtube..best3~



TERIMA KASIH TEMAN 
KERANA MENJADI SAHABAT AKU 
BUAT SEMENTARA WAKTU  =)

Saturday 9 April 2011

Pengalaman Yang Mengerikan

ASSALAMUALAIKUM...


Hallo hallo...anybody home..ecece..ahah
OK..aku nak cerita pasal accident yang jadi tengah hari 2 hari yang lalu...jujurnya..SANGAT MENAKUTKAN...bayangkan 70% muka dia hancur..mulut and hidung memang dah TAK ADA...tapi bak kata pepatah pantang maut sebelum ajal..HE IS STILL ALIVE!!!

Baik aku cerita one by one..hehehe

Aku sebenarnya on the ways nak hantar adik aku pergi satu tempat nie...so aku pun memecut la motor yamaha ego ibarat menunggang kereta ferrari..hahaha..bohong sangat tue XD

Ok..then tiba2 aku perasan yang ada orang tengah duduk atas jalan...first2 aku tak nampak sangat..tapi makin lama makin dekat.......makin lama makin dekat...aku perasan yang ada sorang lelaki umur dalam 45++ duduk atas jalan..yang mengejutkan aku nampak mata tapi tak nampak mulut dengan hidung dia!!! maybe aku bawa moto time tue agak laju..aku sempat tengok kejap je..sekali imbas..aku ingakan hantu tapi tak logik plak hantu tengah2 jalan time pukul 1...hahaha boyemo

Then aku sambung je la bawak moto walaupun still terbayang orang tadi..bila sampai traffic light..lampu tengah merah...aku pun tanya adik aku...........

"Nampak x accident tadi?? Muka dia hancur ke??"

Adik aku muka cuak giler..standard la pompuan..tapi dia angguk la..haha..kiranya bukan hantu la..adoyyy

Lepas antar adik aku..terus aku speed pergi tengok accident tue..parking tempat baekkkk punya...nampak la laki tue..still tak diangkat lagi...muka dia hancur...sangat2 ngeri..aku yang menulis nie pun rasa seram sejuk....kuang3

Tapi laki tue still hidup..cuma kaki dia patah & muka dia paham2 la...dalam 10 minit macam tue ada ambulans sampai..terus tutup muka dia dengan apa ntah...nak elak kuman la kut...actually aku nak pergi dekat2..tapi jalan sesak...sibuk je semua nak tengok =.=

Lebih kurang 2 minit lepas ambulans pergi..aku pun terus blah and then tiba2 je hujan...aku nak bawa laju2 pun jadi cuak...hehe..40 km/j  saja :D

p/s: Time first aku bertembung dengan orang accident tue..jarak aku ngan dia ada dalam 2 @ 3 meter...time tue tak da orang berani nak pergi dekat dia...ish3..aku nak berhenti pun takut

Tuesday 5 April 2011

ASSALAMUALAIKUM...

Ermm..lama btul x update blog nie...hehe...busy la sekarang nie...haha..bajet je lebih...padahal tengah cuti sekarang nie :p
Ari tue ak ada tengok tv..program 360..best woo...tajuk dia x silap ak "Samseng Jalanan" *ak reka sndiri tajuk tue :D..tak ingat la..haha

Dalam program tue ada ceta la pasal kes2 mat rempit kat malaysia...ermm kat kuala terengganu..sekali seminggu, diorang akan berkumpul dalam 200++ org..nak lumba haram..ramai kan?? cukup nak sembahyang mayat xD

Btw..ada satu lagi fakta yang buat aku shock tapi jangan risau..aku sihat lagi..x de lagi sakit jantung..haha

TERDAPAT LEBIH KURANG 2000 ORANG MAT REMPIT BERDAFTAR KAT MALAYSIA

Banyak kan..so di sini saya menyeru sesiapa yang masih belum berdaftar..sila ke balai polis sekarang..hahaha

Ok..aku ada satu cerita lawak pasal mat rempit...jom2 baca XD


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, MAT REMPIT MANA ADA OTAK!!!


Tepuk dada tanya selera...
you all ada otak ke tak..kalau ada Alhamdulillah...kalau sebaliknya........................................paham2 la :D

Thursday 31 March 2011

Kehadiran

ASSALAMUALAIKUM...

Izinkan hamba bermadah puisi;
Sekadar ingin meluahkan rasa di hati;
Apakah sudah hadir peneman diri;
Yang kerap terasa sunyi.

Kehadirannya adalah satu anugerah ilahi;
Yang memberi seribu erti;
Kepada manusia yg punya hati;
Juga insan bernama lelaki.

Sudah lama hamba memandang;
Sudah lama hamba merenung;
Ingin hamba menyatakan sayang;
Tapi takut ada yang curang.

Cukup sudah hamba bermadah;
Mengarut memang tak pernah sudah;
Kalau sambung takut panjang tak sudah;
Lebih baik hamba blah.

p/s: ada bakat ganti A. Samad Said...hehehe :p

Sunday 20 March 2011

Lirik Lagu Sampai By KRU

Assalamualaikum...

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?

Lafaz ikrarku buat selamanya...

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup.. tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir....

Andai dikurnia syurga...
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh...
Kau sampai padaku...


Download lagu nie
p/s: lagu nie sedap giler...sangat2 sweet....

Saturday 19 March 2011

Senyum Jangan Tak Senyum

Assalamualaikum....


Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Ehem2...pernah dengar tak lirik lagu nie...mesti tak pernah kan..you all semua tau nak dengar lagu hujan,bunkface & yg sewaktu dengannya.. *bajet aku tak layan je lagu2 band nie :p
best owhh lagu nie...terutama kalau nk menyakat mat2 muka serius...pakabooom...hak3 

ok2...berbalik pada main topic, ermm aku tengok sekarang nie makin susah nak tengok orang senyum...yang paling teruk sekali kalau duk buat muka ala2 the rock...macam nie...  
ada bran??

cuba la senyum sikit...baru nampak manis macam lisa surihani...owhhh pujaan hatiku...wakakaka... 


sweetnya time kecik2...


selalunya,orang yang berkerja sebagai penyambut tetamu & model memang dah sedia terlatih dengan senyuman mengoda..hehe...yuckkk
tapi nk senyum tue ingat2 gak..kalu kat majlis nak kebumikan orang pun nak senyum2 kambing...tak pasal2 kena teman orang yang meninggal tue masuk kubur sekali :p

akhir kata, majulah senyum untuk kedamaian...tengok pak cik nie..kan comel... :D
Putihnye gigi i...tiap2 ari gosok :D

p/s:Aku update post nie atas permintaan rakan blogger aku..peep ...dia nie kalau senyum...pergghh kalah brad pitt time sakit perut..hahahaha
kalau tak caya cuba la tekan link yang kaler biru tue...*aku promote blog nie