Tuesday, 5 April 2011

ASSALAMUALAIKUM...

Ermm..lama btul x update blog nie...hehe...busy la sekarang nie...haha..bajet je lebih...padahal tengah cuti sekarang nie :p
Ari tue ak ada tengok tv..program 360..best woo...tajuk dia x silap ak "Samseng Jalanan" *ak reka sndiri tajuk tue :D..tak ingat la..haha

Dalam program tue ada ceta la pasal kes2 mat rempit kat malaysia...ermm kat kuala terengganu..sekali seminggu, diorang akan berkumpul dalam 200++ org..nak lumba haram..ramai kan?? cukup nak sembahyang mayat xD

Btw..ada satu lagi fakta yang buat aku shock tapi jangan risau..aku sihat lagi..x de lagi sakit jantung..haha

TERDAPAT LEBIH KURANG 2000 ORANG MAT REMPIT BERDAFTAR KAT MALAYSIA

Banyak kan..so di sini saya menyeru sesiapa yang masih belum berdaftar..sila ke balai polis sekarang..hahaha

Ok..aku ada satu cerita lawak pasal mat rempit...jom2 baca XD


Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, MAT REMPIT MANA ADA OTAK!!!


Tepuk dada tanya selera...
you all ada otak ke tak..kalau ada Alhamdulillah...kalau sebaliknya........................................paham2 la :D

No comments:

Post a Comment